BADAR SMKANT BADAR SMKANT: Dilema Seorang Pemimpin

Friday, 8 July 2011

Dilema Seorang Pemimpin


        Negara X mempunyai pemimpin yang sangat disenangi kerana sikapnya yang bebas dan tidak tegas terhadap peraturan. Namun sikap pemimpin X adalah sangat dimurkai di sisi ALLAH kerana sikapnya yang mengambil mudah termasuklah urusan agama. Lalu, dengan takdir ALLAH S.W.T., Suatu hari, ketika pemimpin X sedang memburu, beliau telah terjumpa seorang hamba ALLAH yang merupakan puteri kepada seorang ulama’.Pemimpin X telah jatuh cinta akan wajah damai milik puteri itu lalu berusaha untuk memilikinya. Namun ulama’ itu sangat mementingkan hal-hal agama. Untuk mendapatkan puteri itu, pemimpin X mendalami, menghayati ilmu agama. Puteri itu berkata kepanya, “Jangan anta risau, kerana keterpaksaan insyaallah akan melahirkan keikhlasan.” Kata-kata puteri itu sentiasa diingati oleh pemimpin X. Alhamdulillah, benar apa yang dikatakan puteri itu. Lalu setelah mendalami dan menghayati ilmu agama, pemimpin itu berkahwin dengan puteri itu. Setelah beberapa bulan berlalu, pemimpin X pulang ke negaranya bersama puteri hatinya. Rakyat-rakyat Negara X menyambut mereka denga penuh gilang gemilang. Seorang rakyat datang membawa sekumpulan wanita canti k yang tidak menutup aurat mereka bersama sebotol arak lalu berkata, “Wahai tuan pemimpin yang dihormati dan puterinya, ayuhlah bergembira malam ini. Buat puteri, hamba telah menyediakan lelaki-lelaki kacak buat puteri.” Masyaallah. Pemimpin X berkata, “Wahai rakyatku, sesunnguhnya arak itu haram diminum dan lelaki dilarang bersentuhan denga wanita bukan muhrimnya. Aurat itu wajib ditutup dan wahai isteri-isteri di luar sana mahupun suami, setialah pada pasanganmu. Dan bertaubatlah kamu, sembahlah Allah yang Esa.” Rakyat-rakyat sangat terkejut dengan perubahan yang berlaku kepada pemimpin X. Malah perubahan yang berlaku pada pemimpin X tidak diterima oleh mereka. Lalu mereka membuat rancangan untuk melucutkan jawatannya malah mengusirnya keluar dari Negara X dan mengatakan beliau adalah penjahat. Pemimpin X sangat dilemma namun puteri hati sering menenangkannya, “Wahai kekandaku, sesungguhnya untuk menjadi seorang pemimpin yang baik ibarat mendaki sebuah bukit yang curam. Pasti banyak halangannya.” Subhanallah, begitulah kehidupan mereka yang terus ditentang oleh rakyat-rakyat Negara X. Kadang mereka sangat sedih, kadang-kadang mereka gembira kerana saat-saat seperti ini mebuatkan mereka lebih mengingati ALLAH S.W.T.. Sehinggalah suatu hari, pemimpin itu merasakan bahawa semua perkara in  perlu dihentikan. “Ana seorang pemimpin, dan merrupakan tanggungjawab ana untuk menyedarkan rakyat-rakyat ana,” katanya. Lalu dipanggilnya semua rakyat berkumpul di dewan besar tidak mengira tua dan muda. Rakyatnya berfikir, “Oh, pasti ingin mngumumkan perletakan jawatan.” Lalu berasak-asaklah semua rakyat ke sana. Lalu pemimpin X, bersama puterinya di sisi mula berkata, dimulakan dengan BISMILLAH dan ASSALAMUALAIKUM ynag barakah, lalu pemimpin X berkata,
  “Wahai rakyatku, aku mahu kalian menjawab dengan penuh kejujuran tanpa sebarang pembohongan.
Jika bagi kalian, berubah dari lalai ke berwibawa itu satu dosa maka ya, aku pemimpin yang jahat. Jika bagi kalian meninggalkan perkara haram dan mematuhi perintah ALLAH YANG ESA merupakan satu dosa maka ya, aku pemimpin yang jahat. Jika bagi kalian ingin menegur dan mengubah seseorang itu dari kesesatan ke jalan yang lurus merupakan satu dosa maka ya, aku pemimpin yang jahat. Jika menyayangi, mencintai ALLAH dan ISLAM adalah satu dosa maka ya, aku pemimpin yang jahat. Maafkan ku atas segala ‘dosa-dosa’ ku, dan maafkan ku juga kerana walau apa pun yang kalian lakukan, aku enggan berubah semula.” Rakyat-rakyat Negara X terkedu, mereka tersedar akan keslahan yang telah mereka lakukan, lalu menangis keinsafan di situ juga. Pemimpin X dan isterinya gembira, berkat kesabaran dan doa yang tidak putus, ALHAMDULILLAH, ALLAH permudahkan segalanya.

Renung-renungkanlah……….

                                          -admin junonymous-

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen